Secara keseluruhannya, didapati pengunjung memberikan maklum balas yang positif bagi setiap item yang ditanya. Kesemua responden memberi maklum balas bahawa model jambatan ini stabil. 86.96% pengunjung menyatakan persetujuan bahawa model jambatan ini mampu menampung beban lebih daripada 2 kg. Sebanyak 86.96% responden bersetuju bahawa model jambatan ini kukuh. Bagi item 4, 78.26% responden menyatakan ‘ya’ bahawa reka bentuk model jambatan ini menarik. 95.65% responden menyatakan bahawa bahan yang digunakan untuk membina model jambatan ini sesuai.
Item | Ya (%) | Tidak (%) |
1 | 100 | 0 |
2 | 86.96 | 13.04 |
3 | 86.96 | 13.04 |
4 | 78.26 | 21.74 |
5 | 95.65 | 4.35 |
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh para pengunjung mengenai model jambatan yang telah dibina ini. Antaranya ialah menggunakan sambungan yang lebih baik, menggunakan reka bentuk yang lebih canggih, menjadikan model jambatan lebih menarik dari segi warna dan struktur, getah perlu digantikan dengan tali, menambah lebih lagi corak untuk model jambatan.