Thursday 29 September 2011

DAPATAN DARI PAMERAN

Secara keseluruhannya, didapati pengunjung memberikan maklum balas yang positif bagi setiap item yang ditanya. Kesemua responden memberi maklum balas bahawa model jambatan ini stabil. 86.96% pengunjung menyatakan persetujuan bahawa model jambatan ini mampu menampung beban lebih daripada 2 kg. Sebanyak 86.96% responden bersetuju bahawa model jambatan ini kukuh. Bagi item 4, 78.26% responden menyatakan ‘ya’ bahawa reka bentuk model jambatan ini menarik. 95.65% responden menyatakan bahawa bahan yang digunakan untuk membina model jambatan ini sesuai.
Item
Ya (%)
Tidak (%)
1
100
0
2
86.96
13.04
3
86.96
13.04
4
78.26
21.74
5
95.65
4.35

Terdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh para pengunjung mengenai model jambatan yang telah dibina ini. Antaranya ialah menggunakan sambungan yang lebih baik, menggunakan reka bentuk yang lebih canggih, menjadikan model jambatan lebih menarik dari segi warna dan struktur, getah perlu digantikan dengan tali, menambah lebih lagi corak untuk model jambatan.

Wednesday 28 September 2011

PROSES BAIK PULIH JAMBATAN



 J
PENGENALAN

Jambatan alang (Beam bridge)

jambatan alang biasanya diperbuat daripada alang keluli "I", konkrit diperkuat atau konkrit telah-tertegang (post-tensioned concrete) yang panjang. Ia kurang digunakan sekarang kecuali untuk jarak yang dekat. Jambatan ini selalunya digunakan untuk jambatan pejalan kaki dan juga jambatan-jambatan yang merintangi lebuh raya. 


Berdasarkan maklum balas pada pameran yang lepas, kumpulan kami mendapati sambungan tapak jambatan tidak kukuh dan melentur apabila beban diletakkan di atas jambatan.  Oleh itu, kami merancang untuk mengubah saiz dan tapak jambatan dengan objektif utama bahawa jambatan tersebut dapat menanggung beban sebanyak 5kg berdasarkan ujian berat beban seperti pada gambar 1. 
Kumpulan kami telah memilih untuk membuat jambatan alang (beam bridge) yang dapat menampung kira-kira 5 kg berat beban.  bahan yang digunakan terdiri daripada lidi sate, gelang getah dan gam. Berikut merupakan proses  pembinaan jambatan
1) Proses  menguji  lidi sate menggunakan pemberat


Gambar :1
1 BATANG LIDI = 500g beban 
10 BATANG LIDI = 5KG beban (anggaran beban yang boleh ditampung oleh jambatan)

2) Proses pemasangan tapak jambatan
Gambar :2 

Gambar :3 

Gambar 2 dan 3 merupakan rangka asas tapak jambatan di mana seberkas tiang jambatan terdiri dari 10 batang lidi.

3) Proses pemasangan pelantar.


Pemasangan bahagian atas laluan jambatan...setiap berkas = 10 batang lidi

4) Jambatan yang telah siap 

Pandangan atas jambatan yang telah siap


pandangan dari sisi



GAMBAR JAMBATAN YANG TELAH SIAP






UJIAN KETAHANAN BEBAN JAMBATAN


3 kampit gula = 3 kg
2 kampit tepung = 2kg
 JUMLAH BEBAN YANG DAPAT DITAMPUNG = 5KG!!

KESAN PENAMBAHBAIKAN:

1. Jambatan semakin kukuh dan tidak melentur apabila beban diletakkan di atas jambatan.
2. Pembinaan jambatan mengikut spesifikasi yang telah diukur.





Tuesday 27 September 2011

APA ITU JAMBATAN ????

 Definisi Jambatan
Jambatan merupakan satu binaan  daripada kayu, besi,  konkrit dan lain-lain yang berfungsi  menghubungkan dua tempat yang dipisahkan  oleh binaan atau struktur lain seperti  sungai, selat , jalan raya , landasan keretapi, dan lain-lain tanpa menutupi binaan tersebut dan laluan di bawahnya.

Fungsi jambatan
Jambatan bukan sahaja untuk lintasan kenderaan dan pejalan kaki tetapi juga digunakan  untuk menempatkan beberapa perkhidmatan lain seperti :
a)    Paip bekalan air
b)    Paip gas
c)    Paip bekalan elektrik

Konsep jambatan
Untuk membina jambatan, pereka perlu memahami konsep tegangan dan mampatan. Kedua- dua ciri ini  merupakan elemen terpenting bagi membolehkan jambatan itu memanjang. Semasa menanggung beban, jambatan  akan melentur dan terdapat juga struktur yang menegang dan sebahagian lagi mengalami mampatan.  Kefahaman dalam ciri – ciri mampatan dan tegangan  sesuatu bahan  dan bagaimana untuk mengawal daya yang bertindak akan memudahkan para jurutera dalam menentukan jenis jambatan dan panjang sebuah jambatan.


Jenis-jenis jambatan
Terdapat pelbagai jenis jambatan yang dapat dilihat pada hari ini.   Teknologi pada hari ini mebolehkan jambatan  yang dibina mempunyai nilai estetika yang tinggi dan berupaya menjadi tarikan pelancong.
Pengkelasan jambatan bergantung  kepada beberapa perkara dan fungsi jambatan tersebut, bahan utama yang digunakan, jenis reka bentuk , struktur binaan dan sebagainya. Secara amnnya, jambatan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan utama iaitu:
1.    Jambatan konkrit
2.    Jambatan keluli
3.    Jambatan kayu


berikut  merupakan jenis - jenis jambatan dan bahan yang digunakan untuk membuat jambatan :

Projek Jambatan Di Sekolah

ISU: REKA BENTUK, INOVASI DAN REKA CIPTA

PROJEK: MENGHASILKAN JAMBATAN
v  Objektif ~ Menghasilkan jambatan yang kukuh daripada surat khabar.
v  Bahan-bahan ~ Surat khabar dan tali rafia.
v  Langkah-langkah:

1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.







  2. Setiap kumpulan diberikan masa selama sepuluh minit untuk merancang rekabentuk jambatan yang ingin dibina.


   3. Setiap kumpulan membina jambatan masing-masing dalam masa satu jam setengah.






4. Jambatan-jambatan daripada surat khabar yang telah siap dibina.






  5.  Setiap jambatan diukur kekukuhannya dengan meletakkan beban (batu bata) di atas jambatan tersebut.






6.   Jambatan yang paling kukuh adalah jambatan yang dapat menampung beban yang paling berat

1 biji batu bata = 2 kg




MEMBAIK PULIH STRUKTUR JAMBATAN BERDASARKAN KELEMAHAN

Berikut merupakan aspek-aspek kekuatan dan kelemahan yang terletak pada struktur  jambatan. Penambahbaikan telah dilakukan untuk membaik pulih model jambatan tersebut.


KEKUATAN
1. Dapat menampung beban 2kg 
2. Dapat menampung 3 biji bata yang bersamaan berat 1 biji = 2kg. 3 x 2kg = 6kg beban yang dapat ditampung. 


KELEMAHAN
1. Jambatan melentur apabila diletakkan beban
2. Gam untuk sambungan lidi -lidi  tidak kuat
3. Sambungan tapak jambatan dan bahagian atas tidak sesuai.
4. Pembinaan tidak mengikut spesifikasi berat beban . 
   1 batang lidi sate =  500g berat beban yang boleh   
   ditampung
5. Bilangan tiang tapak tidak cukup untuk menampung berat beban. Tapak seharusnya mempunyai sekurang- kurangnya tiga tiang sokongan untuk mencapai kestabilan. 


PENAMBAHBAIKAN 
1. Membina semula jambatan mengikut spesifikasi yang telah diukur.Setiap tiang mempunyai 10 batang lidi . dimana 10 x 500g = 5kg. Anggaran 5kg beban yang boleh ditampung.
2. Mengubah bentuk tapak dan menambah bilangan sokongan tapak kepada 3 tiang.
3. Mengubah panjang jambatan. 


Proses-proses penambahbaikan akan di update dalam dalam masa terdekat di dalam blog.

Saturday 24 September 2011

MODEL JAMBATAN - xde name lagi!!


Proses membuat jambatan 

Untuk membina model jambatan ini, kumpulan kami telah memilih untuk menggunakan kayu buluh atau lebih dikenali sebagai “lidi sate”.
Langkah pertama yang dilakukan ialah mengukur kekuatan lidi sate ini menggunakan pemberat. Ujian ketahanan dan kelenturan ini telah dijalankan di dalam makmal. 








   Mengukur dan menguji  ketahanan dan kelenturan lidi terhadap beban
1 batang lidi sate = 500g beban






Berikut merupakan bilangan lidi sate yang digunakan bagi model jambatan kami:


lidi dilekatkan menggunakan gam 
30 batang lidi = digunakan pada bahagaian tetulang


Lidi sate yang telah diikat mengikut bilangan


 atas : 10 batang lidi
bawah: 20 batang lidi



10 batang lidi = digunakan pada bahagian atas jambatan



20 batang lidi = digunakan pada bahagian bawah jambatan sebagai rangka tapak.


PROSES MENYAMBUNG MODEL

Bahagian atas:


Proses penyambungan bahagian atas jambatan. Tempat laluan 



Melekatkan laluan menggunakan gam 


 Laluan atas yang telah siap


Bahagian Bawah:

20 batang lidi yang telah diikat disambungkan di bahagian bawah  menggunakan gam.




Dikukukah lagi dengan  tambahan 4 batang lidi besar  berbentuk segi empat pada bahagian tapak



hampir siap !!!



dah siap






JOM UJI!!



 boleh menampung bebasn 2kg @ 2 liter air




TAPI.....ade banyak kelemahan pada struktur nya..akan di update kemudian..ngantok sudaaa...






















20 JAMBATAN TERKENAL DI DUNIA

1.Westminster Bridge (London, England)Salah satu ciri khas kota London yang  dikenal ialah jam besar yang bernama Big Ben.



2. Tsing Ma Bridge (Hong Kong, China) 


3. Tower Bridge (London, England)
Jembatan ini merupakan salah satu ciri khas kota London yang paling terkenal.
4.Sydney Harbour Bridge (Sydney, Australia)
Sydney Harbour Bridge adalah jambatan terluas di dunia dengan panjang 3.770 kaki
5.San Diego - Coronado Bridge (San Diego, US)
6. Richmond Bridge (London, England)


7. Ponte Vecchio (Florence, Italy)
Ponte Vecchio merukakan jambatan batu tertua di Eropah


.

8. Hangzhou Bay Bridge (Zhejiang, China)
Merupakan jembatan terpanjang di dunia yang melintasi lautan.


9. Oresund Bridge (Oresund Strait, Denmark dan Swedia)
Oresund Bridge mempunyai panjang 1.608 kaki dengan 60.000 kenderaan melintas setiap hari





10. Millau Bridge (Tarn Valley, France)
Merupakan jambatan kabel tertinggi di dunia.
 



11. Magdeburg Water Bridge (Magdeburg, Germany)


 12. The Kintai Bridge (Iwakuni, Japan)


13. Golden Gate Bridge (San Francisco, US)
Selesai dibangunkan pada tahun 1937 dengan panjang 8.921 kaki.


14.Gateshead Millenium Bridge (Gateshead, England) 




15. Fehmarn Belt Bridge (Baltic Sea, Germany and Denmark)Melintang sepanjang 11,8 mil, menghubungkan antara Pulau Fehmarn (Jerman) dengan Pulau Lolland (Denmark) 


16. Erasmusbrug (Rotterdam, Netherlands)


17. Brooklyn Bridge (New York City, US) 


18. Bosphorus Bridge (Istanbul, Turkey)Keunikkannya ialah jambatan ini menghubungkan dua benua, yaitu Eropah dan Asia


19.The Akashi-Kaikyo bridge



 20.Nanpu Bridge (Shanghai, China)