Tuesday 27 September 2011

APA ITU JAMBATAN ????

 Definisi Jambatan
Jambatan merupakan satu binaan  daripada kayu, besi,  konkrit dan lain-lain yang berfungsi  menghubungkan dua tempat yang dipisahkan  oleh binaan atau struktur lain seperti  sungai, selat , jalan raya , landasan keretapi, dan lain-lain tanpa menutupi binaan tersebut dan laluan di bawahnya.

Fungsi jambatan
Jambatan bukan sahaja untuk lintasan kenderaan dan pejalan kaki tetapi juga digunakan  untuk menempatkan beberapa perkhidmatan lain seperti :
a)    Paip bekalan air
b)    Paip gas
c)    Paip bekalan elektrik

Konsep jambatan
Untuk membina jambatan, pereka perlu memahami konsep tegangan dan mampatan. Kedua- dua ciri ini  merupakan elemen terpenting bagi membolehkan jambatan itu memanjang. Semasa menanggung beban, jambatan  akan melentur dan terdapat juga struktur yang menegang dan sebahagian lagi mengalami mampatan.  Kefahaman dalam ciri – ciri mampatan dan tegangan  sesuatu bahan  dan bagaimana untuk mengawal daya yang bertindak akan memudahkan para jurutera dalam menentukan jenis jambatan dan panjang sebuah jambatan.


Jenis-jenis jambatan
Terdapat pelbagai jenis jambatan yang dapat dilihat pada hari ini.   Teknologi pada hari ini mebolehkan jambatan  yang dibina mempunyai nilai estetika yang tinggi dan berupaya menjadi tarikan pelancong.
Pengkelasan jambatan bergantung  kepada beberapa perkara dan fungsi jambatan tersebut, bahan utama yang digunakan, jenis reka bentuk , struktur binaan dan sebagainya. Secara amnnya, jambatan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan utama iaitu:
1.    Jambatan konkrit
2.    Jambatan keluli
3.    Jambatan kayu


berikut  merupakan jenis - jenis jambatan dan bahan yang digunakan untuk membuat jambatan :

No comments:

Post a Comment